Monday 26 September 2011

"Sekolahku Syurgaku"

















Portal ini bertujuan sebagai wadah untuk warga Sekolah Jenis Kebangsaan



Tamil Air Kuning Selatan menyalurkan maklumat serta aktiviti terkini yang



dijalankan di sekolah bagi tatapan masyarakat sekeliling. Di samping itu juga, mana



- mana pihak yang ingin mendapatkan bahan - bahan rujukan berkenaan sekolah ini



turut dialu - alukan melayari laman web rasmi SJKT Air Kuning Selatan ini.





Bagi menambah seri portal ini, ahli - ahli portal digalakkan untuk memuat



naik gambar - gambar terkini saudara - saudari tetapi perlulah mengikut terma



dan syarat yang telah ditetapkan. Semoga dengan wujudnya portal ini dapat



menyumbang kepada masyarakat celik IT di kalangan masyarakat setempat



amnya dan warga sekolah khasnya.





Kepada bekas warga sekolah juga dapatlah menggunakan peluang ini untuk



menyambungkan kembali hubungan yang terputus di antara anak murid dan guru -



guru di sekolah ini. Secara tidak langsung mungkin dapat menjadi pembimbing



kepada anak - anak murid yang sedang belajar di sekolah ini. Diharapkan portal ini



dapat memberi banyak kemudahan kepada anda semua.

Dari Meja GB









Dunia yang semakin mencabar dan tanpa sempadan maklumat kini seharusnya setiap daripada kita perlu







mengetahui menggunakan teknologi - teknologi dan peralatan elektronik yang canggih dan berkembang pesat







sama ada secara tanpa wayar mahupun secara maya. Kewujudan Portal SJKT Air Kuning Selatan ini dapat mencanai







minda dengan perkongsian maklumat yang boleh didapati hanya di hujung jari.







Diharapkan semua warga STAKS khususnya dan masyarakat setempat amnya dapat menjadikan portal ini sebagai







wacana dan wadah bagi memartabatkan masyarakat minda kelas pertama dan penduduk yang celik IT. Selamat Maju







Jaya untuk semua!





Logo Sekolah

















1. Warna kuning, hitam dan merah melambangkan bendera Negeri Sembilan Darul Khusus.









2. Bulatan berwarna biru merangkumi nama sekolah iaitu "SJKT Air Kuning Selatan" dan motto sekolah ialah "Usaha Kejayaan".









3. Bulatan dalam terdiri daripada 4 lambang, iaitu:-









lambang pelita yang bermakna ilmu mencerahkan masa setiap insan.

lambang membaca bermakna sekolah menekankan amalan membaca.

lambang lima bulatan memberi simbol bahawa sekolah cemerlang dalam bidang sukan.

lambang bulatan berbintang menunjukkan perpaduan di kalangan warga sekolah.













4. Semi bulatan berwarna kuning pula tercatat nama sekolah dalam bahasa ibunda

Tuesday 5 July 2011

  GAMBAR-GAMBAR 1M 1S 1M ( 02.07.2011)


SENAMAN AEROBIK

 
 




     LARIAN SERENTAK 1M 1S 1M

GURU-GURU SJKT AIR KUNING SELATAN